Jadilah Bos Yang Hebat

Jadilah Bos Yang Hebat

Rugi jika kehilangan pekerja yang berkemahiran dan bijak , dan ramai bos-bos mengeluh kerana pekerja berkemahiran mereka berhenti dan pergi bekerja di syarikat lain. 

 

 


image from www.businessnewsdaily.com/

Sudah semestinya ada sebab tertentu yang menyebabkan mereka berbuat sedemikian.Cara untuk mengelak daripada perkara perkara sedemikian adalah dengan menjadi seorang bos yang  bagus untuk para staf anda. Jika berlakunya juga masalah pemberhentian para pekerja cemerlang anda anda mungkin terpaksa mengeluarkan kos untuk melatih pekerja baru untuk mereka laksana kerja dengan cemerlang.Ada beberapa cara yang  boleh seorang bos amalkan untuk jadi bos terbaik .

Memberi ganjaran dan pengiktirafan terhadap hasil kerja yang cemerlang.

Setiap manusia ingin rasa dihargai , sama juga dengan seorang pekerja. ,Mereka juga ingin rasa penghargaan daripada bos mereka setelah memberikan hasil kerja membanggakan. Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar , cukup untuk meraikan dalam majlis kecil ataupun bonus pada hujung bulan. Selalu berkomunikasi dengan mereka agar merekaterus bersemangat untuk menghasilkan kerja yang bagus. Jangan sesekali menaikkan pangkat atau  membawa masuk orang yang salah dalam organisasi kerja. Biasanya pekerja yang bagus mahukan rakan sekerja yang boleh bekerjasama dengan mereka. Dan jika anda menaikkan pangkat mereka yang tidak layak untuk jawatan itu , para pekerja anda semestinya rasa tidak puas hati dan motivasi kerja mereka akan menurun dan mungkin akan mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Menghormati mereka

Sebagai orang atasan itu tidak menjadi tiket untuk kita melakukan sesuatu  yang tidak sepatutnya kepada pekerja bawahan kita. Sering kita dengar apabilaseorang bos berjanji kemungkinan untuk tidak menepati janji adalah sangat besar. Orang yang tidak menepati janji tidak disukai walaupun mempunya gelaran bos. Jika anda berjanji , tepati lah janji anda jika tidak mahu mereka para pekerja nada maninggalkan anda. Cuba tunjukkan rasa hormat anda pada mereka dengan menepati setiap janji yang keluar daripada mulut anda , jika anda berjaya melakukan itu , sudah pasti anda akan disayangi dan dalam masa yang sama kita telah membuktikan kita seorang yang boleh dipercayai.

Beri peluang untuk mereka melakukan perkara yang mereka suka.

Pekerja yang hebat pasti mempunyai idea yang manarik , anda sebagai bos perlu mendengar dan membenarkan mereka melakukan perkara yang pada mereka adalah betul. Ini kerana mereka semestinya mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu kerja yang mereka lakukan  jadi mereka semestinya ingin melakukan sesuatu yang terbaik. Ini adalah cara mereka untuk meningkatkan produktiviti mereka dan juga kepuasan ketika bekerja. Sebagai bos , kita perlu yakin dengan kebolehan setiap pekerja kita dengan membenarkan mereka untuk melakukan kerja yang diluar skop mereka.

Pekerja yang hebat pasti mempunyai idea yang manarik , anda sebagai bos perlu mendengar dan membenarkan mereka melakukan perkara yang pada mereka adalah betul. Ini kerana mereka semestinya mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu kerja yang mereka lakukan  jadi mereka semestinya ingin melakukan sesuatu yang terbaik. Ini adalah cara mereka untuk meningkatkan produktiviti mereka dan juga kepuasan ketika bekerja. Sebagai bos , kita perlu yakin dengan kebolehan setiap pekerja kita dengan membenarkan mereka untuk melakukan kerja yang diluar skop mereka.

Untuk menjadi seorang bos kita semestinya bersikap professional dengan cara ambil berat dan prihatin terhadap orang bawahan. Buang sikap ego sebagai ketua dengan menunjukan perasaan simpati apabila mereka dalam kesusahan.

Jadi bos yang berdisiplin

Disipilin penting untuk menjadikan kita seorang bos yang hebat dan dihormati.Tunjukkan keperibadian yang baik agar mereka dapat mengikuti setiap perilaku kita dan mempraktikkan ketika bekerja. Ini akan menguntungkan  anda sebagai bos dengan mempunyai pekerja yang berdisiplin. Pekerja yang berkualiti sudah semetinya menghasilkal sesuatu yang berkualiti juga.

Jangan mengejek dan mengkritik

Sikap mengkritik dan mengejek sememangnya tidak elok untuk seseorang bos jika nahu mempunyai hubungan yang baik dengan pekerja. Cuba bayangkan jika setiap perbuatan yang dilakukan oleh pekerja selalu di kritik dan dianggap satu kesalahan , mana ada yang sanggup tahan kan? Jika para pekerja bawahan kita betul betul melakukan kesilapan , tegur cara elok tanpa mengguna kan cara yang boleh memalukan mereka. Ini akan menjadikan anda seorang bos yang dihormati.

Jangan sesekali mengekploitasi posisi anda sebagai bos

 Memegang jawatan sebagai bos bukan sesuatu perkara yang membenarkan anda untuk sewenang wenang untuk mengarah para pekerja anda membuat kerja yang bukan dalam skop kerja mereka , apatah lagi meminta mereka  melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Mereka ada kerja yang yang perlu mereka laksanakan untuk memastikan keberhasilan hasil kerja mereka.

Fahami cara dan hasil kerja pekerja

 Seorang bos yang hebat dan baik adalah soerang yang menghargai setiap hasil kerja anak buah mereka dan memahaminya , jika tidak berpuas hati anda anda tidak cepat untuk mengkritik .Tidak salah untuk mendengar setiap penjelasan mereka dahulu dan memahaminya.Ini akan membuktikan anda seorang bos yang professional.

Jadi bos yang tidak lokek dengan ilmu.

Jadilah bos yang boleh dianggap mentor oleh anak buah , dimana anda sebagai bos boleh dijadikan tempat rujukan. Amalkan sikap sikap yang baik supaya mereka selesa dan tidak kekok dengan anda. Jadi mereka akan lakukan sesuatu yang terbaik  untuk anda dan syarikat anda.

 

Berikut adalah tip untuk  mereka yang bergelar bos  agar mereka menjadi bos yang hebat.Bagi para pembaca yang ingin merasai jadi seorang bos , berniaga adalah cara yang terbaik . Namun perlu cara ada yang akan merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang bos. Macamana ? Rapidfy  jawapan anda ! 

Mulakan Perniagaan Anda

Hire a cleaner

list your skills

BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS
×

Want to hire the best people for the job?

We make it easier for you to find providers with Rapidfy. Subscribe now to keep updated with what's new!

More than 515,500 people have already found the perfect provider for their requests!