Hari Pekerja 2016, Pekerja pemangkin kejayaan

Hari Pekerja 2016, Pekerja pemangkin kejayaan

Bermula 1 Mei 1972 ,Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mantan bekas Perdana Menteri telah pun mengumumkan ianya salah satu cuti pelepasan bagi pekerja Malaysia.Pelepasan cuti ini diwujudkan sebagai dedikasi kepada para pekerja yang telah bekerja menabur jasa yang menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Sejarah Kewujudan Hari Pekerja.

Untuk pengetahuan anda, sejarah Hari Pekerja ini sebenarnya bermula pada tahun 1856 di Autralia dimana para pekerja disana memperjuangkan untuk mendapatkan cuti sehari untuk bermesyuarat dan masa hiburan untuk mereka dan dalam masa yang sama mereka membuat demonstrasi menuntut masa bekerja 8 jam sehari. Lanjutan daripada itu, International Workingmen’s Association menggunakan slogan “Waktu Bekerja 8 Jam Sehari “ dimana ianya berjaya menuntut hak berkerja 8 jam sehari pada 1 Mei 1886. Dan itu jugalah sejarah wujudnya waktu bekerja 8 jam sehari dan ianya menjadi asas waktu cuti seluruh pekerja di dunia termasuk Malaysia.Tanggal 1 Mei adalah tarikh penting untuk para pekerja melakukan penilaian terhadap prestasi kerja mereka , nilai nilai yang telah diamalkan sepanjang bergelar pekerja, ini kerana ianya akan menjadi tonggak kepada kejayaan kita pada masa hadapan untuk menjadi pekerja terbaik. Mungkin perlu mencari kesempurnaan diri dalam proses meningkatkan produktiviti diri dalam penyumbangan bakti kepada syarikat mahupun sesuatu organisani lain. Hari Pekerja disambut juga adalah untuk menghargai jasa jasa pekerja dan satu penghormatan terhadap bakti yang telah dicurahkan. 

Pekerja Terbaik.

Namun kita sebagai pekerja seharusnya sedar akan peranan penting kita dalam sesuatu organisasi oleh itu pekerja perlu sentiasa melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam melaksana tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dunia kini penuh dengan persaingan dan pekerja harus peka dengan hal sebegini dan terus bekerja keras untuk survival diri sendiri. Sedikit tips untuk sesiapa yang ingin menjadi pekerja terbaik , anda boleh melakukan analisis terhadap pencapaian anda sebelum ini dan jadikan ia sebagai pemangkin semangat untuk melakukan sesuatu yang terbaik pada masa akan datang. 

Majikan yang bertanggungjawab.

Kebiasaannya kebaikan dan kecemerlangan hanya akan tercapai apabila seseorang itu melakukan tugasnya dengan rela hati dan bukannya dipaksa-paksa, atau dalam kata lain pekerjaan yang dilaksanakan hendaklah dengan niat yang ikhlas dan para pekerja sebegini perlu diberi penghargaan atas pengorbanan dan usaha , dan mungkin kepada golongan majikan yang mempunyai pekerja sebegini boleh menjadikan hari pekerja ini untuk adakan sambutan meraikan mereka. Sebagai majikan yang baik kita seharusnya sedar akan perjuangan para pekerja yang meletakkan usaha yang terbaik untuk untuk menggerakkan ekonomi dan dalam masa yang sama berusaha menjayakan keuntungan sesebuah syarikat. Jadinya, ,kerajaan mahupun majikan seharusnya prihatin dengan memberi layanan, pemberian gaji, bonus dan apa apa insentif lain, atau kata lain kemudahan yang sebaiknya dengan perkhidmatan yang telah mereka lakukan sebagai pekerja pekerja. 

Sambutan Hari Pekerja di Malaysia.

Dan pada tahun ini, ianya nya merupakan sambutan Hari Pekerja yang ke 44 di Malaysia dan saban tahun Hari Pekerja disambut tanpa sebarang aktiviti yang istimewa atau apa apa aktiviti yang boleh dikaitkan untuk peningkatan prestasi kerja. Apa yang dapat disimpulkan kebanyakan masyarakat akan mengisi masa cuti mereka dengan kegiatan kekeluargaan seperti bersiar-siar,balik kampung ataupun aktiviti kearah kemasyarakatan. Itu tidak menjadi isu , apa yang penting anda diri sendiri yang sememangnya perlu menggerakkan diri untuk menjadi pekerja yang bagus , elakkan rasuah, ambil kesempatan dan macam2 lagi sifat yang tidak elok. Kepada semua yang bergelar pekerja Selamat Menyambut Hari Pekerja.

Hire a cleaner

list your skills

BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS
×

Want to hire the best people for the job?

We make it easier for you to find providers with Rapidfy. Subscribe now to keep updated with what's new!

More than 515,500 people have already found the perfect provider for their requests!